|
Untuk membaca Kisah Seram Benar yang lain (klik sini)
Laman Koleksi Cerita Seram Hantu, Pocong. Hantu Kubur, Pontianak, Hantu, Angker Batu dll
Kisah Seram Benar :: Kubur misteri di Pasaraya TESCO Mergong
Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO
Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink
yang agak tinggi.
Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang
pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong.
Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang
bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat
pada waktu malam.
Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang dia sering tercium bau yang wangi
disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut.
Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang
dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut.
Koleksi Kisah Seram Hantu, Pontianak, Gambar-Gambar Hantu, Angker Batu dll
Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)
|
|
|