PERSATUAN ULAMA KEDAH (PUK), Persatuan Ulamak Kedah, Kg.Tengah, Mukim Derang, Kota Star

MISI DAN VISI PUK

Memahami bahawa tugas Ulama' sebagai Warathatul Anbia' amat berat terutama dalam keadaan cabaran semakin bertambah. Ulama' perlu bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan, disamping banyak memahami dan menganalisis permasalahan umat semasa. Ulama' perlu bijaksana dalam merancang, menjana program tindakan untuk dilaksanakan.

Menginsafi bahawa umat sedang menghadapi berbagai masalah dan cabaran sama ada berbentuk lokal atau global. Sikap ulama dan umat haruslah terus positif bahawa tiada masalah yang tidak dapat ditangani dan diatasi asalkan semangat berjihad dan berkorban untuk Islam disuburkan. Sikap pertama yang harus dipupuk ialah melihat masalah itu sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang.

Mengingati bahawa golongan Ulama' secara kolektifnya, masih mempunyai kelemahan dan kekangan yang perlu diatasi segera, kelemahan tersebut termasuk kekurangan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran berorganisasi, keengganan berjuang dalam wadah Ulama' kerana kepentingan yang sementara. Akibatnya berlaku pengabaian usaha membasmi kejahilan umat. Ulama' berpecah, umat sengsara dan parah.

Mewaspadai taktik dan rancangan golongan yang memusuhi Islam melalui pelbagai cara sama ada secara terang atau tersembunyi, berposisi lokal, nasional atau global. Maka, para Ulama' perlu bangkit, bertindak, menyatukan saf, menguatkan perpaduan dan integriti serta berusaha secara jama'i menghadapi tentangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.


CARTA ORGANISASI PUK

PENASIHAT : SYEIKH HAJI ABU BAKAR BIN AWANG AL BAGHDADI

PENGARAH : USTAZ ABU BAKAR BIN LEBAI MAT

TIMBALAN PENGERUSI : USTAZ YUSUF BIN MAHMUD

SETIAUSAHA : USTAZ AHMAD KAMALUDIN BIN ABDUL MAJID

BENDAHARI : USTAZ HAJI MUSTAFFA BIN ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA :
HAJI MOHD.NOOR BIN OMAR
USTAZ MOHD.AMER BIN OMAR
USTAZ ILYAS BIN ISMAIL


SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN ULAMA KEDAH (PUK)

Peranan orang yang pakar di dalam bidang agama ataupun lebih dikenali sebagai ulamak di negara ini telah terbukti sejak negara belum mencapai kemerdekaan. Soal-soal politik, ekonomi dan sosial sentiasa menjadi asas perjuangan di kalangan ulamak.

Pada 19 Januari 1946, Persatuan Ulamak Kedah telah ditubuhkan di Alor Star. Penubuhan Persatuan Ulamak ini lahirnya dari perhimpunan raksasa 50,000 orang yang terdiri daripada alim ulamak, ahli-ahli SABERKAS, Kesatuan Melayu Kedah, penuntut-penuntut sekolah pondok dan penanam-penanam padi.

Tujuan asal perhimpunan raksasa ini diadakan bagi membantah penubuhan Malayan Union dan menuntut kenaikan harga padi.

Mesyuarat penubuhan persatuan ini telah diadakan di Sekolah Ma'ahad Mahmud, Alor Setar dihadiri oleh 100 orang ulamak. Mesyuarat yang diadakan telah melantik Haji Hussein Che Dol sebagai Yang Dipertua, Haji Abullah Abas Nasution sebagai Setiausaha dan Tuan Syeikh Abdul Halim sebagai penasihat Am Persatuan. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada tokoh-tokoh ulamak tiap-tiap daerah di Kedah.

Persatuan Ulamak Kedah ditubuhkan dalam suasana kebangkitan semangat menentang Penubuhan Malayan Union dan Pergerakan Komunis yang terkenal pada masa itu sebagai Bintang Tiga. Tujuan utama penubuhannya ialah mengembangkan ajaran Islam, menyatukan Ulamak-ulamak di negeri Kedah khasnya dan Tanah Melayu amnya. Bekerjasama dengan Kerajaan, mengadakan sekolah-sekolah rakyat dan menggalakkan perniagaan dan perusahaan di kalangan orang-orang Islam.

Sejak penubuhannya, persatuan ini memainkan peranan yang penting tidak sahaja di bidang agama tetapi juga berkaitan dengan soal-soal seperti Kemerdekaan negara, soal sosial dan yang paling diutamakan ialah pendidikan kepada penduduk di negeri Kedah.


SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN ULAMA KEDAH
Kepada yang berminat untuk menyumbangkan serba sedikit bantuan kepada
persatuan bebas ini, bolehlah menggunakan akaun berikut :

Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No.Akaun : 2011 0100 04710
Penama : PERSATUAN ULAMA' KEDAH


PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan tentang Persatuan Ulama Kedah,
boleh menghubungi :

Ustaz Kamaludian, Tel : 019-564 5923







IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERBARU TAHUN 2010
Nama Jabatan / Agensi
Jumlah Kekosongan
Tarikh Tutup
SISA
20 Jawatan
25 Julai 2010
LGM
15 Jawatan
25 Julai 2010
UMT
12 Jawatan
25 Julai 2010
MD BERA
06 Jawatan
28 Julai 2010
IIM
1 Jawatan
30 Julai 2010
MD TANGKAK
15 Jawatan
30 Julai 2010
MAIS
09 Jawatan
30 Julai 2010
BPA
02 Jawatan
30 Julai 2010
MyIPO
09 Jawatan
31 Julai 2010
ISN
16 Jawatan
07 Ogos 2010
MARSAH
02 Jawatan
07 Ogos 2010
TUDM
1 Jawatan
14 Okt 2010
DBP
1 Jawatan
01 Jan 2012
KOLEJ UNITI
9 Jawatan
tiada
KKSM
7 Jawatan
tiada
Untuk Maklumat Jawatan Kosong Kerajaan (klik sini)




Copyright © Of 19Global Trading under KDNHEPN Malaysia. All Rights Reserved.