ENAM (6) RUKUN IMAN
Beriman dengan Allah swt
Beriman dengan Malaikat
Beriman dengan Kitab
Beriman dengan Rasul
Beriman dengan Hari Kiamat
Beriman dengan Qada dan Qadar
* Maksud beriman (selain Allah swt) adalah percaya dan mengakui kebenaran,
bukannya menyembah atau mempersekutukannya dengan Allah swt
Beriman dengan Allah swt
Allah swt adalah satu-satunya Tuhan, dari dahulu, sekarang dan untuk selamanya.
Allah swt juga yang telah menjadikan seluruh alam ini (bumi, matahari, cakerawala dll)
dan semua makhluk (manusia, binatang, jin, iblis, syaitan dll)
Kewujudan Allah swt tidak perlu dibuktikan dengan sains manusia yang paling genius,
ianya hanya boleh dirasai oleh hati manusia yang diterangi 'nur' Nya sahaja.
Sebenarnya, semua roh yang dijadikan, telah berjanji akan menyembah Allah swt
sebelum dihembuskan ke dalam jasad-jasad luaran mereka
Oleh itu, hanya yang beriman kepada Allah swt sahaja akan merasa ketenangan.
Ini kerana, roh mereka sedang tenteram dengan 'nur' daripada Allah swt.
Semakin tinggi keimanan seseorang, semakin tenang hatinya
Beriman dengan Malaikat
Mengakui kebenaran tentang wujudnya Para Malaikat dan hal-hal yang berkaitan
sebagaimana yang diterangkan melalui Al-Quran dan Hadis-Hadis Sahih
Nama Malaikat
Tugas
Jibrail
Menyampaikan wahyu dari Allah swt
Israfil
Meniup Sangkakala
Izrail
Mencabut nyawa
Raqib
Mencatat amalan baik (pahala)
A'tid
Mencatat amalan buruk (dosa)
Mungkar
Menyoal dalam kubur
Nakir
Menyoal dalam kubur
Mikail
Menyampaikan rezeki
Ridwan
Menjaga Pintu Syurga
Malik
Menjaga Pintu Neraka
*
Allah Maha Berkuasa untuk melakukan segala perkara dengan sendiriNya
Para Malaikat ditugaskan hanya untuk menunjukkan bahawa Allah adalah Pemerintah Tertinggi
Jumlah Malaikat adalah terlalu banyak, jauh bezanya dengan jumlah Manusia.
Contohnya dengan fakta berikut : Setiap hari, 70,000 Malaikat bertawaf di langit,
dan tidak akan bertawaf semula, esoknya giliran 70,000 Malaikat yang lain pula.
Begitulah setiap hari, dari dahulu hingga sekarang
Jika di Dunia, manusia bertawaf di Ka'abah, berbetulan dengan Ka'abah,
Baitul Makmur adalah tempat para Malaikat bertawaf di Langit
Beriman dengan Kitab
Untuk membimbing manusia mengikut jalan (agama & cara hidup) yang benar,
Allah swt telah menurunkan beberapa Kitab sebagai panduan kepada :
Nama Kitab
Diturunkan Kepada
Taurat
Nabi Musa a.s
Zabur
Nabi Daud a.s
Injil
Nabi Isa a.s
Quran
Nabi Muhammad s.a.w
*
Apabila Quran diturunkan, semua Kitab yang lain dimansuhkan
Allah swt memerintahkan manusia supaya menggunakan Quran sahaja
Pada zaman Nabi Isa a.s., Kitab Injil telah diselewengkan dan dipinda menjadi Bible.
Kitab Injil yang asli ada menyatakan kebenaran Nabi Muhammad saw dan Quran
Nabi Isa as diselamatkan daripada dibunuh / salib dan diangkat ke langit.
Baginda akan diturunkan semula ke Dunia untuk membunuh Dajjal
pada akhir zaman, apabila dunia semakin hampir Kiamat
Beriman dengan Rasul
Rasul adalah manusia biasa yang telah dilantik menjadi Pesuruh Allah swt
dari kalangan para Nabi dan tidak semua Nabi telah dilantik menjadi Rasul
Terdapat 25 orang Rasul yang mesti diketahui iaitu :
1. Adam
2. Idris
3. Noh
4. Hud
5. Soleh
6. Ibrahim
7. Luth
8. Ismail
9. Ishak
10. Ya'kub
11. Yusuf
12. Ayub
13. Syu'aib
14. Musa
15. Harun
16. Zulkifli
17. Daud
18. Sulaiman
19. Ilyas
20. Ilyasa'
21. Yunus
22. Zakaria
23. Yahya
24. Isa
Muhammad
Nabi Muhammad saw adalah Nabi & Rasul terakhir yang dilantik oleh Allah swt.
Tiada lagi Nabi atau Rasul lain yang akan dilantik selepas baginda dan
hanya Kitab Al-Quran yang boleh digunakan sebagai panduan manusia
Nabi Isa as yang akan diturunkan pada akhir zaman nanti, bukanlah Rasul terakhir,
kerana baginda dilantik lebih awal dan Nabi Isa as juga akan menggunakan Kitab
al-Quran sebagai panduan dalam memimpin manusia akhir zaman.
Beriman dengan Hari Kiamat
Apabila tiba waktu yang Allah swt tetapkan, Malaikat Israfil akan meniup Sangkakala
Dengan tiupan Sangkakala yang pertama, dunia ini akan musnah keseluruhannya dan
semua makhluk yang masih bernyawa di dunia akan mati pada masa tersebut.
Keadaan itu yang dinamakan Kiamat iaitu hari kemusnahan untuk dunia yang fana.
Kemusnahan yang berlaku terlalu dahsyat dan tidak dapat dibayangkan oleh manusia.
Digambarkan jika seorang wanita yang mengandung, akan melahirkan anaknya secara
spontan (tanpa kawalan) akibat terlalu takut dan terkejut akan tragedi Kiamat.
Bagi orang-orang yang beriman pula, tidak perlu risau, kerana semua yang patuh kepada
Allah swt akan dimatikan terlebih dahulu sebelum tibanya Hari Kiamat
Tinggallah mereka yang ingkar dan mempersendakan Allah swt, menerima Azab tsb
Untuk mengelaknya, mesti berusaha mulai sekarang agar tidak digolongkan sebagai
manusia yang ingkar atau mempersendakan Perintah dan Hukum-Hukum Allah swt
Beriman dengan Qada dan Qadar
Qada & Qadar adalah 'Perkara Baik' & 'Perkara Buruk' yang ditetapkan oleh Allah swt
ke atas setiap manusia. Allah swt berhak menguji manusia yang dijadikanNya.
Mereka yang berjaya mengharungi ujian Allah swt samada dalam bentuk kesenangan
atau kesusahan, akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah swt
berbanding manusia yang tidak diuji. Dan semakin sukar ujian yang berjaya dihadapi,
maka semakin tinggi darjat yang akan dikurniakan.
Oleh sebab itu, Syurga dibina dengan tujuh peringkat, dengan Firdaus yang tertinggi.
Mereka yang berjaya masuk ke Syurga, akan dikelaskan pula mengikut darjat yang
dikurniakan Allah swt merujuk kepada amalan hidupnya semasa di Dunia.
Koleksi Ubat Kuat Paling Laris, Ubat Kuat Tahan Lama, Ubat Kuat Wanita, Ubat Kuat Tradisional, Ubat Kuat Cialis
Ubat Kuat untuk Besar & Panjang Zakar, Ubat Tahan Lama Bersetubuh, Ubat Buasir, Ubat Gout,
Vitca M, Vitca F, Vitca Juice, Vimax, PL Supergel, PY Supergel, Sensaoil, Krim Sure Up Cream, Sure Up Plus,
Minyak Lintah Tapa, Minyak Belacak, Minyak Urut Zakar dll
Mengubati Merawat Pesakit Penghidap HIV Positif AIDs, Rawatan Penyakit HIV Positif AIDS, Merawat Semua Jenis Kanser