BATAS-BATAS DALAM PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA
Haram Berjabat Tangan / Bersentuhan
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah adalah haram.
Kerana firman Allah :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan"
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)
dan memelihara kehormatan mereka"
Ayat ini mengharam kan lelaki dan perempuan memandang antara keduanya maka
diqiaskan menyentuh kerana menyentuh terlebih bersangatan membangkitkan
sahwat dari memandang, qias ini dinamakan qias aulawi.
Di riwayat daripada Ma'kil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda
"Sesunguhnya ditikam pada kepala seorang kamu dengan jarum yang diperbuat
dari besi terlebih baik baginya daripada dia menyentuh
perempuan yang tidak halal baginya"
Menurut Mazhab Syafie menyentuh perempuan yang halal nikah adalah haram
samada sahwat atau tidak, samada muda mahupun yang tua, melainkan
kanak-kanak yang belum sampai had sahwat.
* Sumber : Pondok Pasir Tumboh, Kelantan Darul Naim
Hukum Memandang Wanita
Sunat sebelum meminang seorang itu memandang perempuan
yang hendak dijadikan isteri walaupun ketiadaan izinnya,
kerana memadai dengan izin syarak serta beberapa syarat :
i. diharapkan terima pinangannya.
ii. lihat pada muka dan dua tangannya sahaja.
iii. Semasa melihat ada serta perempuan walinya.
Harus mengulang lihat perempuan yang hendak dipinang
atau yang telah menjadi tunang.
Haram lelaki baligh melihat perempuan ajanabi (bukan mahram) yang merdeka yang
telah besar yakni yang telah sampai had sahwat samaada takut fitnah atau tiada.
Tidak haram melihat perempuan pada cermin jika tidak takut fitnah
Tidak haram mendengar suara jika tidak takut fitnah tetapi makruh.
Tiap-tiap yang haram lihat ketika berhubung haram lihat ketika bercerai
seperti kuku perempuan, rambut perempuan, bulu ari-ari lelaki dan perempuan dan lain
Tiap-tiap haram melihat haram menyentuh samaada berhubung atau bercerai,
kerana menyentuh terlebih bersangatan membawa kepada keinginan daripada melihat.
Harus memandang kepada kanak-kanak perempuan yang belum sampai had sahwat
melainkan farajnya.
Memandang perempuan kepada lelaki ajanabi (mahram) sama hukumnya memandang
lelaki kepada perempuan ajanabi.
Tujuh keadan lelaki memandang perempuan
Haram bagi lelaki memandang perempuan yang bukan mahramnya.
Harus bagi lelaki memandang isteri atau hambanya yang tidak berkahwin pada
seluruh angota melainkan farajnya, adapun memandang faraj keduanya makruh.
Harus bagi lelaki memandang mahram atau hambanya yang telah berkahwin pada
sekelian tubuh melainkan antara pusat dan lutut.
Harus bagi lelaki memandang bukan mahram kerana hendak dijadikan isteri
pada muka dan dua tapak tangan.
Melihat kerana mengubati harus memandang pada tempat yang hendak diubati sahaja.
Harus memandang muka sahaja kerana penyaksian dan muamalat seperti jual beli.
Harus memandang seluruh tubuh hamba melainkan antara pusat dan lutut ketika
hendak membelinya.
Koleksi Ubat Kuat Paling Laris, Ubat Kuat Tahan Lama, Ubat Kuat Wanita, Ubat Kuat Tradisional, Ubat Kuat Cialis
Ubat Kuat untuk Besar & Panjang Zakar, Ubat Tahan Lama Bersetubuh, Ubat Buasir, Ubat Gout,
Vitca M, Vitca F, Vitca Juice, Vimax, PL Supergel, PY Supergel, Sensaoil, Krim Sure Up Cream, Sure Up Plus,
Minyak Lintah Tapa, Minyak Belacak, Minyak Urut Zakar dll
Mengubati Merawat Pesakit Penghidap HIV Positif AIDs, Rawatan Penyakit HIV Positif AIDS, Merawat Semua Jenis Kanser